Kenapa tiba-tiba menggelupur dengan GTA, soal peguam PEJUANG

Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad bergambar selepas sidang media di Putrajaya selepas mengumumkan penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA) Khamis lalu. – Foto fail NSTP/Mohd Fadli Hamzah

fahmy.azril@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA) yang berpaksikan kaum bukan bersifat perkauman, sebaliknya ia gabungan parti yang mengangkat prinsip inklusif demi menyelamatkan negara daripada anasir politik mementingkan diri sendiri serta merugikan negara.

Peguam Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Muhammad Rafique Rashid Ali, berkata penubuhan GTA cukup jelas motifnya iaitu satu gerakan massa yang memberi tumpuan kepada tiga perkara.

Gerakan itu menggariskan agenda mengangkat dan membela nasib orang Melayu, menyelamatkan negara dari politik mementingkan diri sendiri serta menubuhkan kerajaan bebas rasuah.

“Buat masa ini, GTA terbuka kepada semua orang Melayu yang dahagakan perubahan untuk sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.

“Tiada langsung sebarang syarat yang dikenakan oleh pengerusi mahupun pendukung GTA untuk menyertai GTA ini. Ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahukan Melayu berprinsip dan berkelayakan.

“Harus ditekankan juga GTA ini adalah satu gerakan rakyat. Ianya tidak rasis. Mengapakah setiap kali sesuatu pertubuhan, persatuan atau parti berteras Melayu dimulakan ianya dilabelkan rasis? Mengapakah apabila bangsa atau kaum lain menubuhkan parti ianya dilabel ‘hak perlembagaan’?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata rakyat perlu sedar bahawa sesiapa pun yang mentadbir negara ini mesti menjalankan tanggungjawab seiring dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun parti berpaksi kaum, beliau berkata kedaulatan udang-undang akan memastikan hal bangsa, kaum dan agama segenap rakyat terbela serta terjaga.

“Bukan hanya orang Melayu tetapi kaum-kaum lain juga. GTA berpegang pada naratif tersebut. GTA ingin memperjuangkan prinsip-prinsip integriti, amanah dan melawan rasuah.

“Seperkara yang harus diingati juga adalah GTA ini bersifat inklusif. Lihat sahaja pada senarai anggota jawatankuasanya. Parti-parti politik, pemimpin-pemimpin masyarakat, anggota-anggota profesional, golongan cerdik pandai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu-individu yang berpengaruh.

“Segala lapisan disantuni kerana harus diingat, Melayu bukan milik orang politik sahaja,” katanya.

Beliau berkata, GTA sebagai gabungan politik Melayu turut menyasarkan kawasan majoriti Melayu.

Jelasnya, GTA juga ingin menyatukan kekuatan orang Melayu dalam sosioekonomi dan pendidikan, sekali gus dapat mengembalikan negara menjadi Harimau Asia

“Justeru, mengapakah GTA ditakuti oleh pembangkang? Atau adakah pembangkang tiba-tiba sedar bahawa GTA sahaja mampu membawa perubahan menyeluruh, sesuatu yang tidak mungkin mampu dilakukan oleh pembangkang,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

NEWS RELATED

Mengejutkan, bayi perempuan berusia setahun lebih dikesan ada angin pasang

HATI ibu mana tak luluh apabila melihat anak yang dikandungnya selama sembilan bulan berhadapan dengan masalah kesihatan. Seboleh-bolehnya sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas mereka, kita akan sedaya upaya mendapatkan rawatan terbaik untuk si kecil. Itulah lumrah kehidupan seorang wanita yang bergelar ibu, sanggup bergadai nyawa melahirkan dan sanggup buat ...

View more: Mengejutkan, bayi perempuan berusia setahun lebih dikesan ada angin pasang

#KerajaanGagal shifts from street protests to nationwide campaign

A rally organised by @KerajaanGagal at Dataran Merdeka in July last year to protest against the government’s handling of the Covid-19 crisis. PETALING JAYA: Tomorrow’s planned #KerajaanGagal protest has now turned into an event to launch a campaign to highlight the government’s alleged failures. The rally organisers said they ...

View more: #KerajaanGagal shifts from street protests to nationwide campaign

Najib mengaku tahu RM42 juta dalam akaunnya dana SRC, mahkamah diberitahu

Pendakwa ad hoc V Sithambaram berkata, afidavit Najib Razak sebelum ini menjadi ‘pengakuan bertulis yang mencabar kepentingannya sendiri’. PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan dalam rayuan rasuah Najib Razak memberitahu Mahkamah Persekutuan, bekas perdana menteri itu telah mengesahkan afidavit dalam satu tuntutan sivil, mengakui beliau tahu dana RM42 juta yang masuk ke ...

View more: Najib mengaku tahu RM42 juta dalam akaunnya dana SRC, mahkamah diberitahu

RM27,000 gone in a day: Administrator distraught over unauthorised withdrawal

RM27,000 gone in a day: Administrator distraught over unauthorised withdrawal IPOH: An administrator was left heartbroken after her hard-earned money, totalling about RM27,000, had been transferred out from her bank savings account without her knowledge. Chang See Teng, 26, from Menglembu here, said a check with her bank found ...

View more: RM27,000 gone in a day: Administrator distraught over unauthorised withdrawal

Protes jalanan diganti kempen besar-besaran #KerajaanGagal

Perhimpunan anjuran @Kerajaangagal di Dataran Merdeka pada Julai tahun lalu bagi membantah cara kerajaan menangani krisis Covid-19. PETALING JAYA: Himpunan #KerajaanGagal yang dijadualkan berlangsung esok akan digantikan pelancaran kempen besar-besaran. Penganjur himpunan itu berkata, satu siri kempen di seluruh negara akan diumumkan pada 3 petang esok. “Mengambil semangat musyawarah ...

View more: Protes jalanan diganti kempen besar-besaran #KerajaanGagal

Sepuluh kolam lombong haram ditimbus

Jengkaut digunakan untuk menimbus 10 kolam melombong emas haram di Hutan Simpan Ulu Jelai. – Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat #taskid sendstory For online/print TIMUR: Sepuluh kolam lombong haram ditimbus Mohd Rafi Mamat am@metro.com.my Pic Mohd Rafi Mamat (Susulan lombong emas haram) Lipis: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) telah menimbus ...

View more: Sepuluh kolam lombong haram ditimbus

Proton Exora 2023 dilancar, harga bermula RM62,800

Model Perodua Exora tahun 2023 menampilkan penggayaan serba baharu zaky@bh.com.my KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) hari ini melancarkan Proton Exora 2023 secara rasmi yang ditawarkan pada harga bermula RM62,800. Dilancarkan di PROTON KEB Auto Sdn Bhd TTDI Kajang, Selangor, model kenderaan pelbagai guna (MPV) itu hadir dengan dua ...

View more: Proton Exora 2023 dilancar, harga bermula RM62,800

“Hari lahir Ummi diiringi pemergian anak sulungnya.” – Abang Uyaina meninggal dunia

PEMERGIAN anak sulung pada hari lahir, demikian kenyataan yang terpaksa ditempuhi ibu pengacara dan pelakon Uyaina Arshad apabila abangnya, Mohd Attaful Uzair meninggal dunia. Pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina yang dijangka melahirkan cahaya mata pertama pada September depan berkongsi kesedihan permergian abang yang menjadi ketua keluarga mereka selepas bapanya meninggal ...

View more: “Hari lahir Ummi diiringi pemergian anak sulungnya.” – Abang Uyaina meninggal dunia

PRU-15: BERSATU sedia lepas kerusi jika calon PN lain lebih layak

Concertgoers Could Barely See And Hear Billie Eilish At Stadium Bukit Jalil

POLITICALLY FRANK: Why are we failing in sex education, underage marriage, wedlock issues? ask MP

Najib admitted knowing RM42mil from SRC entered accounts, DPP tells court

PBT wajar guna undang-undang, 'paksa' premis perniagaan kibar Jalur Gemilang

'Man United masih berbahaya' - Van Dijk

Eateries cashing in on S’porean visitors

Bayi Merdeka bakal terima sijil

Atlet MMU banggakan Malaysia dengan 5 emas di Thailand

Cikgu rugi RM448,000, ditipu Macau Scam

Sean Lee pinjam suara dalam filem animasi antarabangsa

Selangor AKM tour kicks off Aug 19

OTHER NEWS