Kes HFMD terus meningkat, 28,975 direkod seluruh negara
© Provided by Sinar Harian

REMBAU – Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 28,957 kes pada Minggu Epid 19 sejak Januari hingga Jumaat di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, secara perbandingan hanya 4,239 kes tersebut direkodkan tahun lepas.

“Jadi peningkatan ini agak mendadak dan sememangnya dijangka memandangkan tahun lepas banyak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kita tidak boleh keluar. Sekarang ini kita sudah dibenarkan keluar, lebih-lebih lagi sektor pendidikan dan sebagainya kembali dibuka, maka kes HFMD ini catat peningkatan.

“Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan terutamanya kepada ibu bapa untuk menggunakan ciri yang ada pada MySejahtera untuk mengetahui jumlah kes di kawasan berhampiran masing-masing. Sekiranya tinggi maka kita perlu berhati-hatilah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Rembau di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, disini pada Sabtu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, KKM merekodkan 22,463 kes HFMD di seluruh negara pada Minggu Epid 17/2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan peningkatan sebanyak 12.8 kali ganda berbanding tempoh sama pada tahun 2021 dengan 1,752 kes.

Dalam pada itu, Khairy turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka terhadap penyakit endemik yang lain seperti demam denggi dan HFMD.

“Sentiasalah menjaga kebersihan diri kerana mungkin selama dua tahun ini kita tak fikirkan penyakit berjangkit yang lain, kita hanya beri tumpuan pada penyakit Covid-19.

“Berikutan itu, kita perkenalkan ciri baharu dalam MySejahtera nak ingatkan kepada rakyat bahawa memang ada secara endemik penyakit-penyakit lain seperti denggi, HFMD dan sebagainya.

“Jadi jangan kita lupa dengan adanya Covid-19, dah dapat diurus dengan baik, kita kembali semula berdepan dengan penyakit-penyakit yang lain,” jelasnya.

Dalam perkembangan Covid-19 pula, Khairy menasihatkan serta mengalu-alukan individu yang sudah pun melepasi tempoh enam bulan selepas dos penggalak pertama terutamanya warga emas untuk mendapatkan dos penggalak kedua secara sukarela.

“… terpulang kepada mereka (warga emas), secara suka rela untuk menguatkan imuniti kita,” katanya.

NEWS RELATED

PJ's Kee Kee Bentong Chicken Rice opens second outlet in Taman Bukit Mayang Emas, closes at 5pm

© Provided by Malay Mail Malay Mail PETALING JAYA, May 27 – Fans of Kee Kee Bentong Chicken Rice can now visit their newly opened branch at Taman Bukit Mayang Emas. Hidden inside Crab Meet Restaurant, this outlet opened in April and is managed by Lim Chee Hong who ...

View more: PJ's Kee Kee Bentong Chicken Rice opens second outlet in Taman Bukit Mayang Emas, closes at 5pm

Kerajaan digesa segera lantik pesuruhjaya Suhakam baharu

© Provided by Free Malaysia Today Penggal pesuruhjaya Suhakam terdahulu tamat pada 27 April. PETALING JAYA: Lapan NGO menggesa Putrajaya melantik pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baharu dengan segera selepas sebulan suruhanjaya itu dibiarkan “mati”. Penggal pesuruhjaya terdahulu tamat pada 27 April dan kata kumpulan itu, Suhakam ...

View more: Kerajaan digesa segera lantik pesuruhjaya Suhakam baharu

IWK rai Syawal bersama golongan kurang bernasib baik

© Provided by Sinar Harian SHAH ALAM – Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd meraikan Syawal kali ini dengan membawakan kemeriahan Aidilfitri kepada golongan kurang berkemampuan melalui penyediaan barangan keperluan, pek makanan panas, perkhidmatan menyedut tangki septik secara percuma dan pelaksanaan kerja landskap. Menerusi inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ...

View more: IWK rai Syawal bersama golongan kurang bernasib baik

White House welcomes Fiji to its Indo-Pacific economic plan

© Reuters/KEVIN LAMARQUE U.S. Secretary of State Antony Blinken visits Fiji WASHINGTON (Reuters) – Fiji is joining U.S. President Joe Biden’s Indo-Pacific Economic Framework (IPEF), the White House said on Thursday, making it the first Pacific Island country in the plan that is part of a U.S. effort to ...

View more: White House welcomes Fiji to its Indo-Pacific economic plan

Yes Infinite pelan 5G tanpa had, tiada FUP atau sekat kelajuan dan beri telefon percuma dengan kontrak 36 bulan

Yes 5G mahu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai penyedia perkhidmatan 5G di Malaysia, apabila baru sahaja melancarkan pelan pascabayar terbaru, Yes Infinite. Lebih menarik lagi, pelan ini menawarkan internet tanpa had di rangkaian 4G dan 5G tanpa FUP dan sekatan kelajuan, serta panggilan tanpa had dari serendah RM58/bulan. Menurut Yes, pelan ...

View more: Yes Infinite pelan 5G tanpa had, tiada FUP atau sekat kelajuan dan beri telefon percuma dengan kontrak 36 bulan

Malaysia perlu contohi Korea Selatan tingkat sekuriti makanan

© Provided by Sinar Harian KUANTAN – Kerajaan disaran supaya mencontohi Korea Selatan yang mampu meningkatkan sekuriti makanan dengan menggunakan sepenuhnya sumber yang dalam negara mereka untuk rakyat. Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda UMNO Malaysia, Muhammad Faiz Hashim berkata, sekiranya langkah yang sama dilakukan oleh kerajaan ia ...

View more: Malaysia perlu contohi Korea Selatan tingkat sekuriti makanan

Tawaran diskaun hingga 80 peratus, promosi Lazada Gen Gaya PayDay Special istimewa untuk jiwa muda

SEMPENA Gen Gaya Payday Special, Lazada menawarkan potongan harga hingga 80 peratus untuk produk terpilih yang lebih berjiwa muda. Promosi yang berlangsung hingga esok itu nampaknya memahami keperluan belia masa kini yang sukakan gaya fesyen terkini. Paling penting, harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada biasa sempena Hari Gaji. © ...

View more: Tawaran diskaun hingga 80 peratus, promosi Lazada Gen Gaya PayDay Special istimewa untuk jiwa muda

Covid-19 Watch: 32.2% of five to 11-year-olds in Malaysia fully vaccinated

© Provided by The Star Online KUALA LUMPUR: A total of 1,142,104 children aged from five to 11 years old, or 32.2% of the cohort in the country, have completed their vaccinations under the National Covid-19 Immunisation Programme for Children (PICKids) as of Thursday (May 27). Based on the ...

View more: Covid-19 Watch: 32.2% of five to 11-year-olds in Malaysia fully vaccinated

Other govt MPs also support PBM, says sec-gen

Pelajar sekolah kena saman

UK prosecutors authorise charges against Kevin Spacey for sex crimes

A Guide to Pride Month Content on TV: Live Streams of Pride Parades and More

DAP MP slams ‘missing’ ministers amid food crisis

PBM deputy says Zuraida just regular member, not replacing Larry Sng as president

Sudah tiba masanya untuk dasar subsidi bahan api lebih rasional

1,845 kes baharu Covid-19, tiga kematian

Pelancong Korea Selatan tiba di Sabah

Covid-19 Watch: 1,845 new cases detected, active infections now at 25,189

Kicked and slapped, maids recount horror of working for a ‘Datuk’

‘Datuk glamour’ sepak, tampar, paksa amah Indonesia 60 tahun kerja tanpa gaji

OTHER NEWS